top of page

Selamat Hari Guru!

  • Mohamad Saad
  • May 17, 2017
  • 1 min read

16 Mei memang tarikh yang cukup bahagia. Kenapa bahagia? sebab tarikh ni lah kita akan tunjukkan rasa hormat, sayang dan sebagainya terhadap semua insan yang pernah mendidik kita. Tarikh ni la ada yang mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala salah silap yang pernah dilakukan. Ala-ala hari raya la.

Doa dengan guru-guru confirm banyak. Mengumpat belakang, menganjing, ponteng kelas apa semua tu dah kira salah kita dengan guru-guru. So, boleh diringkaskan yang memang banyak dosa kita dengan guru-guru kita. Mana nak berkat ilmu klau asyik buat jal jew. Hehe. Peringatan ni pown buat diri sendiri. Harapnya boleh diampunkan serta diberkatkan.

Alhamdulillah, diri ni pown insyaallah akan menjadi pendidik juga suatu hari nanti. Paling merisaukan kalau aku jumpa murid-murid yang sama sikapnya mcm aku dulu. Mohon dijauhkan. Haha. Tak perlu lihat org lain, refleksi diri sendiri pown dah cukup seram utk berhadapan nanti. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sempena SHG kali ini, sama juga seperti tahun sebelumnya. Penghargaan aku utuskan kepada semua pendidik yang pernah mengajar aku. Antaranya:

1. PASTI Peramu Jaya, Pekan (2000-2001)

2. SK Peramu Jaya, Pekan (2002-2007)

3. SMK Seri Rompin, Rompin (2008-2010)

4. SMK Ahmad, Pekan (2011-2014)

5. UiTM Segamat, Johor (2014)

6. IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor (2014-kini)

Semoga Allah s.w.t memberkati jasa pendidik aku selami ini. Paling aku kasihi kedua ibu bapa dan adik-beradik yang sentiasa mendidik aku dalam menghadapi hidup ini. Semoga semuanya berada dibawah naungan Allah.

SELAMAT HARI GURU!!!

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...


 
 
 

Comments


bottom of page