top of page

Gagal bukan selamanya.

  • Mohamad Saad
  • Jun 3, 2017
  • 1 min read

Assalamualaikum. Salam ramadan hari ke-8. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Maha Pencipta untuk menikmati kehidupan di dunia dan terus beramal soleh pada ramadan kali ini.

Thread kali ini berkisarkan kepada gambar di bawah :

Gagal bukan selamanya. Sekali gagal, try again.

Kata-kata ni sebenarnya sangat berguna untuk kalian yang pernah gagal. Mustahil kita tak pernah alami kegagalan dalam hidup. Tapi, percayalah bahawa kegagalan tersebut sebenarnya mengajar kita sesuatu. Kita dah cuba, tapi gagal. Tapi ramai terlupa satu perkara ketika gagal. LUPA UNTUK BUAT SEMULA. Yes! Bila dah gagal, jangan terus berhenti kerana kita belum tahu apa akan terjadi selepasnya.

Kita dah rancang, kita dah usaha, jangan lupa untuk TAWAKAL. Kita ada BIG WHY pada permulaan dulu, bila gagal jew terus lupa dunia. Sentiasa berpegang pada BIG WHY kerana itu yang memandu kita ke arah matlamat kita. Ingat! KEGAGALAN BUKAN SELAMANYA.


 
 
 

Comments


bottom of page