top of page

Tips Pengurusan Gaji

  • Mohamad Saad
  • Jul 18, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum dan Salam Lebaran.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat-nya kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan di bulan yang mulia ini.

Thread kali ini agak istimewa. Masih lagi fresh daripada perkongsian dari seorang guru muda di kantin sekolah merangkap senior di IPG. Haaa, sekarang ni sedang berpraktikum di SK Perumahan Tampoi 2. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Pihak pengurusan, kakitangan, staf sokongan, guru-guru mahupun murid-murid. Semuanya menyambut baik kedatangan kami.

Tajuk kali ini, TIPS PENGURUSAN GAJI. Bahan-bahan dalam ini semuanya dipetik daripada perkongsian ketika rehat tadi. Macam mana nak ada rumah, macam mana nak ada kereta, macam mana nak hidup senang dengan gaji yang diperoleh.

Sebagai seorang guru atau bakal guru, gaji yang akan diperoleh kelak dalam lingkungan RM3 500. Kita jadikan gaji tersebut sebagai penanda aras. Perkara yang paling PENTING:

BELI RUMAH DAHULU, KERETA KEMUDIAN!

Kenapa kereta kemudian?

Dalam ini akan diperjelaskan mengapa kereta perlu dibeli kemudian.

Sebagai seorang guru baru yang bujang, gaji bulanan yang diperoleh boleh disimpan sebanyak RM1000 setiap bulan. Jika disimpan sebanyak setahun, jumlahnya akan menjadi RM 12 000. Banyak bukan?

RM1000 x 12 bulan = RM 12 000

Insya-Allah, dengan jumlah duit ini membolehkan kita membuat pinjaman untuk membeli rumah. Seandainya bayaran bulanan pinjaman rumah adalah RM500, maka duit simpanan bulanan akan dapat dikurangkan kepada RM500. Mudah kata, perbelanjaan bulanan dah meningkat sebanyak RM500. Lebih cantik sekiranya RM1000 yang disimpan setiap bulan itu dikekalkan. Banyak faedahnya di kemudian hari.

Sekarang, rumah dah ada. Bayaran bulanan dah RM500. Bukankah rumah yang dibeli tadi kita sewakan kepada orang lain. Sekiranya bayaran sewa rumah yang dikenakan kepada penyewa sebanyak RM400. Masa ini lah kita manfaatkan untuk membeli kereta.

Beli kereta tapi orang yang bayar! Boleh ke?

Mestilah boleh. Sekarang kereta Perodua Bezza menjadi pilihan ramai dengan bayaran bulanan yang rendah dengan kereta yang selesa. Seandainya bayaran bulanan kereta tersebut adalah RM450, maka kereta kita telah pun dibayar oleh penyewa rumah. Tanggungan bayaran kita hanya RM50 setiap bulan.

Sewa rumah – Bayaran bulanan kereta = Tanggungan

RM500 – RM450 = RM50

Kesimpulannya,

Gaji – (Perbelanjaan + Simpanan) = Hidup Bahagia

RM3 500 – (RM2 350 – RM 1 000) = RM 150

Perbelanjaan :

  1. Bayaran balik pinjaman rumah = RM500

  2. Bayaran balik pinjaman kereta = RM50

  3. Bil-bil = RM500

  4. Ibu bapa = RM300

  5. Makan = RM500

  6. Lain-lain = RM500

Jumlah = RM2 350

Semoga thread kali ini dapat membantu golongan yang baru bekerja untuk menguruskan kewangan dengan baik.

Assalamualaikum.


 
 
 

Comments


bottom of page